Tuesday, June 24, 2014

MEMAHAMI WAHABI DAN KEBENARANNYA

Jam sudah 2 pagi, angin semakin kuat hingga menembusi daging menggigit tulang. Saya jangkakan waktu-waktu begini kawasan akan lebih lengang, tapi hampa. Semakin ramai keluar masuk ke dalam masjidil haram, membawa baju tebal dan makanan untuk mengalas perut. Suasana begini rupa-rupanya adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila musim haji. 

Kata rakan saya, Masjidil Haram tidak pernah kosong, hampir setiap saat orang akan keluar dan masuk untuk solat di dalamnya. Musim Haji tahun ini sedikit mencabar katanya, cuaca kering dan sejuk meliputi seluruh tanah haram. 

"Jangan lupa pakai lips balm" pesan Ahmad ketika terserempak dengan saya di lobi hotel Habibah sebelum melangkah keluar. Ahmad berasal dari Riyad, datang ke Makkah untuk membantu bapanya seorang tukang masak di sini. Orangnya tinggi lampai, kurus dan berambut kerinting. Pada mulanya saya ingatkan Ahmad orang kelantan, tetapi bukan. Ahmad orang Pattani yang sudah lama menetap di sebuah daerah di Riyad bersama keluarga Pattani yang lain. Tetapi bahasa Kelantannya sukar untuk difahami, saya lebih selesa berbahasa Arab dengannya.

Pagi itu saya sengaja keluar awal untuk ke Masjidil Haram, ingin tahajud saya beritahu Ibu.
"Hati-hati, pakai jaket kulit yang baru beli pagi tadi. Jumpa dekat hotel lepas Zuhur ya." Ibu saya membetulkan mafla yang saya lilitkan di leher.  "ala-ala pejuang Palestin," getus hati kecil saya. :)

Jalan di sekitar Makkah turun dan naik, dan apa yang pasti debu-debu pasir akan melekat di hidung. Kedai-kedai di sekitar Makkah tertutup rapat, kosong dan sunyi. Kadang-kadang terserempak dengan jamaah dari Malaysia yang turut sama menuju ke Masjidil Haram. Semua sama, memakai gelang tangan besi, dan membawa bag slendang berlogo Malaysia. 

Monday, June 9, 2014

OJT

Memandangkan perkara sama sahaja pada hari kelima, so aku terus lompat nak cerita tentang OJT, ataupun nama panjangnya On Job Training. Bagi semua peserta NCIP mesti ojt untuk melengkapkan 10 hari training. Kalau tak buat, maka tak boleh graduate. Tak graduate maka tak boleh lah nak buka NC mengikut standard sini.


Alhamdulilah aku dan kumpulan dapat ojt di kawasan cdo sahaja. Ada group lain sampai berjam nak ke tempat ojt. Antaranya bukit noon yang berada di kawasan tanah tinggi. So kumpulan aku ada 7 orang. 3 orang dari team cina Malaysia, dan lagi 4 aku, faizal, shafa, dan kak ita. Kitorang ojt di club healthchat milik Lot dan shan. 


Kitorang sampai dekat kelab ngam-ngam jam 7 lepas itu terus mulakan ojt. Paling menarik belajar buat shake, talking point dan roadshow. Cara buat shake sangat-sangat berbeza dan sangat sedap. Sedap dia macam aiskrim yang telah cair. Memang syokkkk..


Kemudian belajar nak greet dan bersosial dengan club member dan belajar untuk belajar mengatasi rejection. Lepas itu kitorang ramai-ramai buat roadshow, dan paling menarik membuatkan aku punya keyakinan bertambah. Sangat senang diorang buat roadshow, dan orang ramai pulak senang je nak naik penimbang dan datang ke kelab untuk next explaination. 


Dekat roadshow ini sahaja dapat bawa lebih 20 orang utk ke kelab. Yes walaupun tak semua enroll tapi itu menunjukkan sistem ini sangat menarik dan orang suka dengan explaination dan paling penting MAGIC NUMBER. 


Aku bersyukur sangat dapat belajar di sini. Dapat tingkatkan motivasi, personal development, membentuk diri lebih positif dengan melihat semua yang berlaku pasti ada hikmah. Kami dididik untuk memahami dunia ini adalah sesuatu yang penuh dengan hikmah, dan melihat dengan positif. 


Bertambah yakin juga untuk mulakan club nutrisi yamg mudah diduplikasi dan sukess membantu orang sihat dengan menggunakan herbalife setiap hari di kelab. InsyaAllah dah dapat beberapa tempat yang sesuai untuk memulakan NC. Target tahun ini sekurang-kurangnya 20 kelab dibuka dalam team aku. InsyaAllah mereka yang betul-betul nak suksess dengan herbalife menggunakan Kelab akan di mentor dan dibantu oleh aku. 


Misi aku nak pastikan team aku dapat duplikasi dan suksess dalam Herbalife, dalam masa dapat bantu orang lain baiki kesihatan dan selesaikan masalah kewangan. Alhamdulilah ojt hari ini betul-betul buka mata dan hati bahawa semua orang boleh buat herbalife dan makan herbalife. Aku dah tak sabar nak balik malaysia dan invite seramai orang datang ke kelab. 


Kitorang dapat balik awal hari ini. Lepas habis ojt owner kelab belanja makan ayam golek 4 ekor berkongsi 7 orang. Ayam golek halal :)


Lepas makan terus gerak balik hotel, dan aku siap-siap untuk ke Centrio. Misi nak beli data plan 5 hari unlimied internet dan beli deadoran. Haha..lepas itu singgah mart dia beli makanan dan survey-survey barang-barang dekat situ. Mostly barang-barang kita rasa mahal dekat malaysia, dekat sini 50%murah. Antaranya barang-barang north face, dan telco. 


Balik ke hotel naik tutktuk 7peso bersamaan 50cent. Pastu uncle ajak kitorang g makan dekat Istanbul grill. So gerak ramai-ramai jam 6. Order macam-macam, dan overall memang sodap makan dekat sini. Thank you uncle sebab belanja kitorang makan. Hehehe...


Okk sambung esok :) 

Rindu isteri, anak, dan team ;)

HARI KEEMPAT

Alhamdulilah hari ini dah masuk hari kelima aku berada di sini. Dan hari ini hari keempat aku belajar tentang NCIP di Filipina. Fuhh... Memang benda belajar disini dan memberi banyak pengetahuan untuk aku aplikasi dekat Malaysia nanti. 


Paling berkesan bila teacher explain tentang Sharing, our mission is to be Gift Giver , tentang meal plan dan magic number. Tak sabar nak beri magic number ada semua customer aku terutama doktor-doktor yang dah lama stuck dekat berat badan sekarang. 


Takde banyak nak cerita sebab kalau cerita pun korang takkan tahu sangat. Huhuhu... Cuma ada beberapa perkara yang aku nampak pada orang-orang filipina ini ialah ada banyak persamaan bahasa dan budaya mereka dengan orang- orang Malaysia. Banyak perkataan sama dengan bahasa Malaysia, macam Balik, Sayang, Sakit, aku, kamu, dia, dan banyak lagi ;) 


Hari ini kitorang dapat balik awal sikit iaitu jam 7 petang. Aku siap-siap sms abang Syarif minta dia bawa kitorang jalan-jalan cari souvenier dan tshirt Filipina. Abang Syarif datang ambil kitorang dengan hotel . Kitorang naik teksi kawan dia, just bayar duit NGV sahaja. Then kitorang ke shopping complex yang agak jauh dari kitorang dalam 40minit dari hotel. Dekat sini sahaja ada barang -barang cenderahati hasil CDO dijual. Tempat lain takde. Memang bestlah, barang-barang pun murah dan berkualiti.


Lepas balik dari sana, kitorang singgah makan makanan turki dekat Istanbul Gril Restoran yang tak jauh dari hotel. Kalau jalan kaki ambil masa dalam 10 minit. Makan shuarma chicken wrap dalam 60pesso. Oklah, sebab besar dan kenyang :)


Sampai-sampai hotel sahaja sudah jam 10.30 malam. Kalau 10.30 dah kira macam jam 12 dekat Malaysia. Sebab malam sini awal dan pagi pun awal. Dekat lobby hotel borak-borak kejap dengan boon fee dengan pejal, tup-tup dah jam 11 lebih. Terus naik atas dan tidur, sebab esok pagi dan kena datang awal. 

HARI KETIGA

Alhamdulilah hari ini solat subuh jam 4.15 pagi. Ingatkan nak solat jamaah di masjid, tetapi disebabkan terlalu gelap jalan nak ke sana, aku batalkan hasrat untuk ke sana. Solat di dalam bilik yang kecil ini, membuatkan aku bersyukur berbanding dengan orang lain yang hidup bergelandangan.


Lepas subuh waktu masih awal. Selepas baca Quran sambung tidur sampailah jam 6 pagi dan terus bersiap untuk hari pertama aku belajar NCIP di sini. Hari pertama training dah macam- macam kami belajar. Paling penting bukan sekadar belajar nutrisi tetapi belajar Personal Development. Alhamdulilah banyak benda baru belajar dan semakin percaya dengan kelab nutrisi.


Teacher Merianne dari jam 10 pagi sampai jam 6 petang berdiri sepanjang masa kecuali waktu rehat yang diberi kepada kami (hanya 10 minit). Luarbiasa energy dan ketahanan dia berdiri begitu lama. Idea dia mencurah-curah tanpa henti dikongsi. Memang respek!


Hari ini fokus membetulkan mindset dan hati kita agar lebih ikhlas dan faham tujuan utama dalam herbalife. Aku bersyukur gila dapat hadir walaupun last minute macam nak tarik diri. Bak kata Teacher, kami semua disini bukan kebetulan tetapi orang-orang yang dipilih Allah untuk hadir dan menggalas misi nutrisi melalui kelab.


Masa makan tengahari ada sedikit isu tentang kehalalan makanan yang disediakan. Selepas ditanya organiser adakah ayam yang dihidang ini adalah Halal, mereka kata halal. alhamdulilah.


Berdasarkan ilmu, walaupun tiada cop halal, sekadar mengetahui bahawa ia halal cukuplah membaca Bismillah dan terus makan seperti biasa. Namun ramai team muslim taknak makan di atas alasan ragu-ragu. Aku cuba terangkan tetapi masih ada ragu-ragu dan aku menghormatinya. Beruntung aku sebab dapat lauk tambah, tapi nasi aku bagi orang lain :)


Balik dari training dalam jam 630 petang. Aku, oci dan Dr Pejal terus menghala ke market yang tak jauh dari hotel. Market yang dituju dah tutup seawal jam 7 petang. So kitorang ke market besar tak jauh dari situ dan membeli beberapa keperluan makanan. Barang- barang di sini murah tetapi jauh nak mengangkatnya, tiada tuktuk yang servisnya hingga ke hotel. Jadi terpaksalah mengangkut semuanya. Kata aku pada diorang, "takpe, kita cardio". Hehehe...


Sampai hotel berpeluh- peluh sakan semua. Dalam jam 830 ada meeting kejap. Lepas itu terus naik bilik dan tidur. penatttt sangat, penat mental dan fizikal. :)

HARI KEDUA

Alhamdulilah sampai sahaja di airport CDO kami terus pergi ke kaunter pertanyaan. Tunjukkan alamat hotel dan beberapa anggota polis membantu kami dapatkan van yang boleh bawa kami ke Rich Manor Hotel. Untuk 9 orang kami sewa satu van yang berharga 2000 pesso. Seorang tontong 222 pesso. 


Airport cdo kecil sahaja, terletak di pesisir pantai yang indah. Perjalanan kami ke hotel dari cdo mengambil masa 1 jam. Apa yang menarik sepanjang perjalanan kami diiringi pantai yang berada di sebelah jalan sahaja. Keadaannya seperti kita melalui jalan lama dari kuantan ke kuala terengganu. 


Pemanduan orang- orang sini agak berbahaya. Entah berapa kali aku terkejut- kejut dengan cara driver van kami memandu. Potong kereta selamba dia sahaja, kemudian bawa van macam jalan ini datuk dia yang siapkan. Hahahah.


Alhamdulilah tiada apa- apa yang berlaku dan kami sampai di hotel dalam jam 820 pagi. Sampai di hotel, terus check inn. Semua urusan bilik mudah dan kaunter pun sangat membantu. Kami dapat masuk awal dalam jam 9 pagi. Sebelum masuk bilik kitorang merayau area sini cari kedai runcit dan tempat yang akan kami training. 


Punyalah jauh berjalan cari buffalo gril restaurant, rupa-rupanya dekat sahaj dengan hotel kitorang. Sepatutnya ambil kiri keluar saja dari hotel, tetapk kitorang ke kanan. Ambil masa dalam sejam juga kitorang merayau dan tanya orang hingga sampai ke destinasi.


Lepas dah jumpa tempat training kitorang balik hotel semula dan masuk bilik. Ingatkan bilik agak besar, tetapi sangat kecil. Memang muat-muat kami bertiga dan sedikit ruang untuk letak bag dan solat. Okaylah untuk harga yang murah bagi 12 malam di sini. Untuk 12 malam seorang rm 280 sahaja. Lepak bilik mandi, siapkan diri dan terus lepak bawah layan internet dan borak dengan isteri.


Uncle allen sampai hotel dalam jam 10 pagi, dan borak kejap dengan beliau kes yang aku sedang hadapi sekarang. Terima kasih dengan pandangan dan nasihat yang berguna untuk aku. 


Bosan, then terus naik bilik minum shake, makan dan tidur. Hahaha... Jam 230 bangun makan tengahari. Kitorang masak nasi guna rice cooker zaim, dan pakai beras aku bawa. Pastu masing-masing kongsi lauk bekal yang dimasak isteri. Sekali semua sama ikan bilis sambal dan serunding. Hahaha... Sbab itu je boleh bawa jauh dan tak basi.


Lepas makan, siap- siap terus nak ke mall centario yang tak jauh dari hotel kitorang. Sengaja naik tuktuk 7 pesso saja dalam 50 sen sahaja. Misi utama ialah cari simkad prepaid yang akam digunakan selama 12 hari di sini. Alhamdulilah, Allah permudahkan urusan. Beli simkad globe yang murah. 40 pesso utk simkad dan dalam ada 5 pesso. Kena tambah 20peso utk dapatkan unlimited call 24 jam, 50 sms, dan 20 mb intneret. Total dalam 60 pesso kira- kira rm6 sahaja. Heheh murah kan?


Memang sangat murah. Lepas itu pergi tukar duit oci. Dan alhamdulilah aku dapat 1 nombor orang filipina utk diinvite datang ke kelab nanti. Then lepas setel di mall, kitorang naik tuktuk lagi utk ke masjid jamaah. Msjid ini dekat sahaja dengan hotel kitorang. Dlam 500 meter dari hotel. 


Singgah sekali islamic center di depan masjid dan borak- borak dengan dai' di situ, nama dia Uncle Amar. Dai itu bekas katolik dan isteri dia bekas baptis kristian. Sudah memeluk Islam selama lebih 14 tahun. Anak- anaknya ada yang belajar di malaysia dan ada yang sudah menjadi Hafiz Quran.


Sempat solat maghrib secara berjamah dan kami teruskan dengan solat isyak jamak. Alhamdulilah selepas solat kami dapat berkenalan dengna seorang brother yang namanya Syarif. Orang sabah tetapi menetap dan berkahwin dengan gadis muslim di sini. Sangat baik dan sangat membantu. Bekerja sebagai guru perbandjngan agama di universiti. Dn isteri buka gerai minum.


Kami diajak datang ke kedai mereka dan dibelanja minum dan makan makanan tradisi mereka, alhamdulilah aku daapat share pasal herbalife dan brother syarif nak tahu tentang bisnes herbalife juga. Aku dah janji nak belanja shake utk dia dan isteri semasa ojt dan dan nak signup diorang sebagai distributor. Aku yakin beliau akan jadi president team aku di filipina. Think big, dream big!


Lepas lepak minum kitorang terus berjalan sekitar situ yang macm pasal malam. Ada banyak gerai-gerai bundle, ada jual bag, kasut dan macam- macam lagi, sempat juga aku beli selipar 35peso saja. Hehehe.


Jalan kaki sahaja. Sampai hotel dah jam 715 malam. Dh macam jam10 kat malaysia. Semua dan tutup. Hahaha..


Ok lah. Esok dah start training. Esok ak update lagi. ;)