Wednesday, July 23, 2014

KAKI DAN TANGAN INI UNTUK ALLAH




Oleh: Yussamir Yusof / 12 MAC 2009

“Pintu sudah terbuka!” Teriak Asfan dari luar rumah kepada Asyfar. Asyfar masih ketakutan. Bunyi dentuman dari kereta kebal Israil, mengetarkan hatinya. Tetapi Asfan sahabatnya tidak langsung gentar dan tidak ada sekelumit perasaan gentar terpancar dari wajahnya. Asfan masih teriak-teriak kepada Asyfar. 

Ibunya dan adiknya sudah syahid bertemu Allah. Hanya dia terselamat kerana lewat pulang dari masjid subuh tadi. Dia tidak ada sesiapa untuk bergantung lagi. Asyfar keseorangan tanpa kaum keluarga. Tetapi setiap kali dia mengadu tentang nasib dirinya, Asfan bersuara tegas mengingatkannya, “Aku bukan sahaja sebagai sahabatmu, tetapi aku juga adalah saudaramu Asyfar.”

“Kita mahu kemana Asfan?” Asyfar menguatkan kaki melangkah keluar dari rumahnya yang sudah roboh separuh. Dia melangkah-langkah besar, mengelak batu-batu besar yang menghalang langkahnya. Asfan girang melihat kesediaan Asyfar untuk keluar dari rumah itu, setelah 4 hari dia berkurung kerana kematian ibu dan adiknya.