Saturday, May 31, 2014

HARI PERTAMA FiLIPiNA


Hari pertama ke filipina 31May

Alhamdulilah.
Sehari sebelum nak bertolak ke Filipina macam-macam perkara berlaku. Aku tak bercadang nak kongsi apa yang berlaku. Cukuplah aku beritahu perkara-perkara tersebut betul-betul buatkan aku dan atie terduduk sekejap. Selepas bertenang dan rasionalkan kembali fikiran. Kami mengambil dan melihat semua perkara ini sebagai satu ujian yamg besar hikmahnya. Kami percaya Allah sedang mengatur yang terbaik untuk kami. Kan Allah dah janji setiap ujian ini adalah petunjuk yang kami beriman kepada Allah. 

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar." (QS. Ali 'Imran: 173-174)

Begitu juga dengan sebuah hadith sahih, rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, kegundahan dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapus sebagian dosa-dosanya."

Kesian atie menangis teruk dan hampir memaksa aku untuk tak pergi ke filipina. Selepas istikharah dan duduk berbincang dengan hati terbuka, dan melihat semua ini sebagai hikmah Allah. Aku terus siap-siap dan masukkan barang-barang dalam bag. 

alhamdulilah aku dah biasa travel sorang-sorang. So kali ini aku bawa bag deuter yang banyak berjasa dengan aku. Masukkan semua baju-baju, kain 
Pelekat, makanan sikit, barang-barang mandi dan lain-lain ngam satu bag. Yeayyyy.

Ok nak bagi tips sikit untuk korang yang nak travel. Perkara paling penting adalah cek Pasport korang.  Jangan kurang dari 6 bulan dari tarikh tamat tempoh.  Kalau kurang dari 6 bulan cepat-cepat pergi renew. Ikut korang nak renew berapa tahun yamg pentimg ada passport.

Seterusnya korang kena tahu berapa hari dan apa yang ada sekitar hotel korang. Please buat research sikit, sekaramg ini dekat internet berlambak info. So jangan malas, atleast sampai tempat korang pergi itu takdelah blur dan pening. 

Then baju dan kelengkapan lain korang leh fikir sendiri apa yang sesuai dibawa.

Ok now nak cerita tentang hari pertama nak ke Cagayan de oro.

Aku bergerak dari Melaka lepas zuhur hari sabtu 31 May 2014. Masa nak keluar rumah itu, sedih gile weh. Tak pernah aku travel sorang-sorang selepas dan kahwin. lepas dah dapat anak, lagilah tak pernah travel tanpa atie dan yassir. 

Tapi disebabkan tugasan dan tanggungjawab, aku gagahkan diri juga. Terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk 12 hari. Aku doakan dan serahkan atie, yassir dan semuanya sepenuhnya kepada Allah. Tiada tempat untuk aku serahkan selain kepada Allah. 

Teringat dengan tulisan Dr Aid al-Qarni apabila kita dirundung kesedihan, kita digalakan keluar untuk melihat ciptaan Allah dan digalakan juga untuk musafir ke negeri lain.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat.}
(QS. At-Taubah: 41)

Dan, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabb kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau."} (QS. Ali 'Imran: 191)


Terima kasih Hanif sebab hantar dan tunggu aku sampai aku masuk tempat pelepasan. Tahniah di atas pernikahan pada 6 jun ini, semoga Allah berkati dan memasukkan kalian berdua dalam kalangan keluarga yang sakinah, mawadah, dan rahmah. Minta maaf bro sebab tak dapat hadir, aku wakilkan atie, yassir dan keluarga di sana. Tahniah brother.

Sampai di KLIA2 dalam jam 330 petang. Apa yang boleh aku beritahu tentang airport baru ini ialah BESAR GILE dan SELESA. Wifi free untuk satu jam, surau ada di banyak tempat, ruang rehat ada, kedai makan yang banyak, ada dah banyak pusat membeli belah pulak aku tengok. Hahaha. Banggala aku ada airport macam ini dekat Malaysia.

Kami naik cebupasific, dan setakat pengetahuan aku hanya cebupasific ada transit di Manila dan terus ke cagayan de oro. Dari tempat pelepasan hingga ke gate Q7 ambil masa 30 minit. Fuh jauh oi! Hahaha. So korang dapat bayangkan tak betapa besar airport KLIA2 ini.

Depart jam 630 petang. Alhamdulilah dapat duduk depan sekali. Ruang luas dan boleh julurkan kaki dengan selesa. Aku menaip ini pum dekat dalam flight. Sebelah aku zaim dan orang filipina.  Setakat tulisan ini ditulis sekarang adalah jam 7.45 malam. 

Krew cebupasific agak sopan berbanding dengan airasia. Takdelah seseksa krew air asia. Siap pakai jaket lagi diorang ini. ,

Perjalanan dari KL ke Manila mengambil masa 4 jam. Tepat jam 1030 sampai di lapangan terbang manila. 

Selesai di kastam, kitorang terus ke tempat membeli makanan. Beli roti, dan air mineral dan beberapa barang lain. Kedai runcit dalam airport ini tak letak tanda harga. So kena tanya dulu kaunter. Untuk infi, air meniral 35peso, roti 48 peso. 

Kitorang kena transit, jadinya solat dan lepak di surau dekat tingkat 3 (level3). Owh lupa nak beritahu, dekat airport ini ada wifi. So gunakanlah sebaik mungkin.

Thursday, May 1, 2014

HORMATI DAN CINTA ANAK KITA

Melbourne bukan sahaja cantik dan indah dengan gunung-ganang dan pulau-pulau kecil. Kalau berkesempatan ke sana, anda pasti terkejut dengan kebersihan dan susunatur bandar yang sungguh sistematik. Ladang-ladang lembu mereka, hijau jauh memandang. Sampaikan saya pernah kata kepada isteri ladang-ladang mereka ini boleh ditidur begitu sahaja. 

Di Philips Island

Melalui jalan-jalan kampung sekitar kepulaun Victoria, terasa seperti berada di sebuah dunai lain. Amat indah, bersih, serta kawasan yang nyaman. Jalan-jalan dilindung dengan pokok-pokok besar yang menghijau, seredup mata memandang. Sesekali saya melihat keluarga yang menetap di rumah-rumah kecil sepanjang jalan duduk berehat menghirup kopi. 

Kesempatan saya ke Melbourne tahun lepas memberikan pengalaman dan pelajaran yang baik. Bukan setakat kagum dengan sistem pentadbiran, teknologi, dan alam semulajadi yang dijaga dengan baik. Saya juga belajar bahawa orang-orang dewasa Australia, khususnya Melbourne sangat mesra dengan anak-anak kecil. 

Bukan setakat mesra, tetapi mereka mennghormati dan memberikan layanan terbaik kepada golongan kecil ini. Sebut sahaja tentang kemudahan anak-anak kecil, sudah pasti anda tidak perlu tercari-cari. Bahkan, ibubapa melayan anak-anak mereka penuh dengan diplomasi dan mesra.