Saturday, October 6, 2012

TUMBUH GIGI

Assalamualaikum semua.



Dah lama papa tak update blog Yassir. Banyak sangat perubahan dan perkembangan yang berlaku pada Yassir. Antaranya ialah Yassir sudah mula belajar 'cause and effect' dan paling seronok gigi dah tumbuh!

Mula-mula tak tahu kenapa dia asyik demam dan air liur asyik meleleh. Mula-mula ingat itu perkara biasa untuk usia sebegini, tapi bila check dengan laman-laman web tentang baby rupa-rupanya itu tanda nak tumbuh gigi. heheh


Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.  (babycenter.com.my)


Tuesday, August 21, 2012

PANDAI MENIARAP & JATUH KATIL

hai, nama saya Yassir, Saya budak comel :)

Alhamdulilah, Yassir dah nak dekat 4 bulan masa pandai meniarap.

Yassir pandai meniarap, tetapi tak pandai nak keluarkan tangan dia bila dah tersepit dekat bawah. haha kelakar, lepas itu dia menjerit punyalah kuat.

Papa dan mama, ajar dia keluarkan sendiri. Tanpa tolong sikit pun. Selain dari itu, papa akan ajar depan dia sambil meniarap juga (mitation) supaya dia dapat tiru. Alhamdulilah, sikit demi sikit dia dah pandai keluarkan tangan.

Selepas dah pandai meniarap sendiri, ada benda yang paling bahaya pula. Bila meniarap sendiri, dia kadang-kadang boleh terlanjak sampai ke hujung katil. Paling bahaya, bila dia dah sampai kat penghujung katil dan papa mama takde dekat sebelah dia.

PungGggggGg... jatuh!

Wednesday, August 1, 2012

DEMAM KUNING



Yassir kena demam kuning!

Minggu pertama lepas lahir, Yassir kena demam kuning. Risau juga bila dia Yassir kena, sebab first time lah katakan.

Demam kuning ini dalam bahasa Sainstifiknya ialah Jaundis. Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. 

Senang saja kalau nak tahu anak kita ada demam kuning atau tidak. Ambil jari telunjuk kemudian tekan pada kulit anak kita dan lepaskan. Kalau kulit itu berwarna kuning, maksudnya anak kita ada Jaundis.

Ok, bila dapat tahu Yassir kena Jaundis, kitorang jumpalah doktor. Bila jumpa doktor, dia suruh Isteri papa berhenti makan jamu dan makanan jangan dicampur dengan kunyit atau halia. 

Monday, July 30, 2012

MEMILIH DOKTOR


Mungkin ada sesetengah orang tidak kisah, sama ada doktor lelaki atau perempuan yang menyambut kelahiran anak mereka. Tapi tidak bagi saya dan juga isteri. Sejak isteri saya disahkan mengandung, kami sudah mencari hospital dan doktor yang sesuai.

Sesuai dari sudut syariat dan juga keselesaan isteri. Alhamdulilah, selepas berhempas pulas, kami memilih Hospital pantai di Ayer keroh dan memilih doktor gyne perempuan.

Apa yang kami tahu, Doktor Hanisah adalah satu-satunya doktor perempuan Muslim yang ada di sana. Bukan itu saja, doktor ini juga adalah doktor pakar Hospital Negeri Melaka sebelum ke Pantai.

Sunday, July 29, 2012

DIARI YASSIR 1



Assalamualaikum.

Tulisan ini bukan ditulis oleh Yassir, tetapi ditulis sendiri oleh Papanya. Kenapa buka blog untuk Yassir? Saya merasakan perlu untuk merakamkan setiap perkembangan Yassir dari awal sehingga pada satu tempoh yang tertentu.

Diari Yassir, itu temanya. Saya akan menulis setiap perkembangan Yassir, sama ada dari segi fizikal dan mental. Saya percaya, suatu hari nanti diari ini akan berguna dan bermanfaat kepada ibubapa muda di luar sana.

Untuk permulaan entri ini, saya tidak ada perkara yang ingin dikongsikan bersama. Tetapi di dalam kepala, sudah ada beberapa entri yang harus saya kongsikan. Mungkin bermula dari yassir dilahirkan, sehingga semasa berusia 2 bulan. Pada waktu tersebut, terlalu banyak perkembangan mental dan fizikal yang saya rasa patut dikongsikan.

InsyaAllah jumpa di entri seterusnya :)

Love and Care,
PapaYassir