Saturday, October 6, 2012

TUMBUH GIGI

Assalamualaikum semua.



Dah lama papa tak update blog Yassir. Banyak sangat perubahan dan perkembangan yang berlaku pada Yassir. Antaranya ialah Yassir sudah mula belajar 'cause and effect' dan paling seronok gigi dah tumbuh!

Mula-mula tak tahu kenapa dia asyik demam dan air liur asyik meleleh. Mula-mula ingat itu perkara biasa untuk usia sebegini, tapi bila check dengan laman-laman web tentang baby rupa-rupanya itu tanda nak tumbuh gigi. heheh


Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.  (babycenter.com.my)




APA YANG BERLAKU
Bila proses pertumbuhan gigi ini berlaku, Yassir mula nak gigit semua benda. Setiap apa yang dia boleh capai, dia akan gigit. Lagi teruk bila awal-awal itu, habis jari papa dengan mama dia gigit. Memang kelakar tengok cara dia cuba hilangkan rasa gatal itu.

Altenatifnya, papa belikan barang mainan yang khusus untuk dia gigit yang dipanggil Teether. Permainan ini boleh kita dapati di kedai-kedai baby yang ada.



Paling menarik, barang mainan ini warna dia terang dan ini membuatkan dia lebih tertumpu. Bagi ibubapa di luar sana, jangan takut membazir untuk membeli barang-barang permainan sebegini untuk baby. Sebab selain dapat membantu baby lebih lega bila menggigit, sebenarnya dapat memperbanyakkan aktiviti minda dan pergerakan bila ada permainan tersebut.

Menurut Dr Jenni K. Dahliana dari Klinik Perkembangan kanak-kanak di Jakarta, "Sel-sel otak janin tumbuh dan berkembang cepat sejak bulan pertama dalam kandungan. Pada usia 6 bulan, sel-sel otak membentuk banyak sinaps atau sambungan sel saraf dan membentuk rangkaian sirkuit fungsional yang kompleks. Proses ini berlangsung cepat sampai usianya mencapai 3 tahun."

Papa sarankan, kalau nak beli permainan beli permainan jenama Fisher Price. Sebab syarikat ini benar-benar membuat kajian terhadap perkembangan kanak-kanak sebelum membuat sesuatu alat permainan yang sesuai mengikut tahap usia.


Menurut Fisher Price: 



Rangsangan - Sifar bulan 
Bayi baru lahir suka melihat dan mendengar. Oleh kerana mereka belajar menerusi rangsangan, justeru alat permainan yang berbentuk berwarna, boleh disentuh dan didengar sangat sesuai dengan usia mereka.  Mereka juga belajar meneroka menggunakan mulut dan akan cuba untuk menyentuhnya dan lama-kelamaan mereka akan mula duduk. 



Pergerakan badan - Enam bulan 
Apabila bayi sudah mempunyai keyakinan diri, mereka akan mula meneroka dunia dengan cara tersendiri. Pada masa ini, mereka mula belajar merangkak dan berjalan. Alat permainan yang sesuai adalah yang dapat membantu mereka untuk mempelajari kemahiran baru.


Untuk info, Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun. 


Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.  Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi. 


PERANAN IBUBAPA
Pertumbuhan kanak-kanak bergantung kepada cara dan bagaimana ibubapa membesarkan mereka. Dari sudut makanan, dari sudut environment dan dari sudut mental. Ibubapa harus persiapkan diri dengan ilmu mengenai kanak-kanak, dan paling penting ibubapa harus membiarkan kanak-kanak bertumbuh mengikut usia mereka.

"Didiklah anak mengikut zamannya" jadi ibubapa perlu mengemaskini pengetahuan dan skill mengikut masa dan zaman anak-anak itu membesar.


Papa mendoakan ibubapa semua berjaya mendidik anak-anak masing-masing :)



Salam sayang dari Papa Yassir
Melaka, Bukit Katil






No comments:

Post a Comment