Tuesday, August 21, 2012

PANDAI MENIARAP & JATUH KATIL

hai, nama saya Yassir, Saya budak comel :)

Alhamdulilah, Yassir dah nak dekat 4 bulan masa pandai meniarap.

Yassir pandai meniarap, tetapi tak pandai nak keluarkan tangan dia bila dah tersepit dekat bawah. haha kelakar, lepas itu dia menjerit punyalah kuat.

Papa dan mama, ajar dia keluarkan sendiri. Tanpa tolong sikit pun. Selain dari itu, papa akan ajar depan dia sambil meniarap juga (mitation) supaya dia dapat tiru. Alhamdulilah, sikit demi sikit dia dah pandai keluarkan tangan.

Selepas dah pandai meniarap sendiri, ada benda yang paling bahaya pula. Bila meniarap sendiri, dia kadang-kadang boleh terlanjak sampai ke hujung katil. Paling bahaya, bila dia dah sampai kat penghujung katil dan papa mama takde dekat sebelah dia.

PungGggggGg... jatuh!


Setakat ini Yassir dah dua kali jatuh. wuwuwu sedih. Kali pertama dia jatuh dekat belah kanan katil. menjerit kuat gile! Time itu dia demam dan selesema, lepas itu jatuh pula. Alhamdulilah, bila check dekat doktor, semua ok tiada masalah apa-apa.

Yassir dah ok lah papa :)


Kali kedua pula, baru sahaja hari ini! Jatuh belah kiri katil pula! Alhamdulilah, nangis kejap sahaja, lepas itu dah ok. So, papa dan mama dah decide nak buat sesuatu dekat katil itu supaya Yassir tak jatuh lagi.

Cukuplah dua kali sahaja jatuh, tak mahu jatuh ke tiga kali pula :)

Dekat bawah ini saya nak kongsikan apa yang ditulis oleh Dr Saiful Bahri Jaudin (Ijazah MBBS dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Master in Paediatric dari UKM. Pakar Kanak-Kanak di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)dan Pakar Kanak-Kanak di KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SAIFUL di Sg Chua, Kajang)

Menurut Dr Saiful, kalau baby kita terjatuh dari katil, kita kena pastikan tanda-tanda berikut dipantau, dan jika terdapat tanda-tanda tersebut, baby perlu dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Tanda-tanda tersebut:

1. Anak pengsan selepas terjatuh

2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh

3. Muntah2 memancut

4. Anak tidak aktif seperti biasa

5. Tarik atau sawan (fit)

6. Lebam pada bahagian belakang telinga

7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki

8. Tidak stabil semasa berjalan



Jadi, papa dan mama di luar sana, bila baby kita jatuh, jangan kelamkabut sangat tetapi check dulu tanda-tanda itu. Kalau tiada, Alhadmulilah.

Kalau ada, cepat-cepat bawa ke klinik yang berdekatan. Tapi kalau takut atau tak sedap hati, walaupun tiada tanda-tanda tersebut, bawalah juga ke klinik yang berdekatan.

Apa yang saya tahu, jika bawa ke hospital doktor akan scan. Itu lebih baik dan selamat jika kita ragu-ragu.

Ok, selamat Hari raya semua , dari papa, mama dan Yassir :)




No comments:

Post a Comment