Wednesday, August 1, 2012

DEMAM KUNING



Yassir kena demam kuning!

Minggu pertama lepas lahir, Yassir kena demam kuning. Risau juga bila dia Yassir kena, sebab first time lah katakan.

Demam kuning ini dalam bahasa Sainstifiknya ialah Jaundis. Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. 

Senang saja kalau nak tahu anak kita ada demam kuning atau tidak. Ambil jari telunjuk kemudian tekan pada kulit anak kita dan lepaskan. Kalau kulit itu berwarna kuning, maksudnya anak kita ada Jaundis.

Ok, bila dapat tahu Yassir kena Jaundis, kitorang jumpalah doktor. Bila jumpa doktor, dia suruh Isteri papa berhenti makan jamu dan makanan jangan dicampur dengan kunyit atau halia. 


Kata doktor, ini antara penyebab Yassir kena demam kuning. Yassir menyusu badan sepenuhnya, jadi apa yang dimakan oleh atie, Yassir pun makan makananan yang sama.

Apa? Kunyit, halia dan jamu tak boleh makan?

Sure ada yang terkejut kan? Memang pun, bagi ibu-ibu yang lepas bersalin, janganlah makan benda-benda itu, sebab kandungan makanan tersebut akan menyebabkab anak-anak kita akan kena demam kuning.

Selain dari makanan tersebut, ada juga beberapa faktor yang menyebabkan anak kita kena Jaundis. Antaranya,  jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Selain dari kulit berwarna kuning, Yassir akan kerap tidur. Dan memang betul pun, doktor kata salah satu simptom demam kuning bayi akan kerap tidur. So, doktor suruh papa dan mama kejutkan Yassir setiap dua jam, dan setiap dua jam kena susukan Yassir dengan susu mama.

Yassir dengan wan dan atok 


Alhamdulilah, lepas seminggu kena Jaundis, Yassir sembuh sepenuhnya. Bagi ibubapa yang baru pertama kali mendapat cahaya mata. Nasihat saya, jangan kelam-kabut bila tahu anak kena Jaundis. Dan nasihat saya, kerap perhatikan bayi kita yang baru lahir.

Untuk pengetahuan, papa berharap ibubapa muda dapat banyakkan membaca tentang bayi. Banyak buku dijual mengenai bayi yang boleh dijadikan rujukan.

Paling utama, banyakkan bertanya dengan ibubapa kita sendiri. Ibubapa kita banyak pengalaman dalam kehidupan, dan menjaga kita semasa kecil. :)

Jangan risau sangat bila anak-anak kita kena Jaundis ye :)



Love & Care
Papa Yassir :)











No comments:

Post a Comment