Monday, July 30, 2012

MEMILIH DOKTOR


Mungkin ada sesetengah orang tidak kisah, sama ada doktor lelaki atau perempuan yang menyambut kelahiran anak mereka. Tapi tidak bagi saya dan juga isteri. Sejak isteri saya disahkan mengandung, kami sudah mencari hospital dan doktor yang sesuai.

Sesuai dari sudut syariat dan juga keselesaan isteri. Alhamdulilah, selepas berhempas pulas, kami memilih Hospital pantai di Ayer keroh dan memilih doktor gyne perempuan.

Apa yang kami tahu, Doktor Hanisah adalah satu-satunya doktor perempuan Muslim yang ada di sana. Bukan itu saja, doktor ini juga adalah doktor pakar Hospital Negeri Melaka sebelum ke Pantai.

Mungkin wujud masalah perbelanjaan dan berfikir dua kali sebelum ke hospital swasta. Sebenarnya hospital swasta tidaklah semahal yang disangka.

Perbelanjaan bulanan lebih kurang 100 hingga 150 termasuk ubat. Kemudian belanja bersalin secara normal sekitar RM2300. Untuk bilik VIP lebih kurang RM2700.



Dengan harga itu, suami boleh menemani isteri sehingga selesai bersalin. Dan isteri pula dapat bilik yang selesa dan layanan yang bagus. Anak pula, dapat 'treatment' yang terbaik, dan 'superb'.

Bagi saya, perbelanjaan ini adalah berpatutan kalau kita mementingkan Doktor Muslimah dan keadaan yang selesa untuk isteri dan anak. Saya tak sanggup melihat aurat isteri saya dilihat orang lain, walaupun mereka adalah doktor.

Apa yang saya tahu, hospital kerajaan tidak dibenarkan kita memilih doktor. Ikut nasib, kalau dapat doktor perempuan syukur. Tapi kalau dapat doktor lelaki itu yang menyedihkan.

Kita diberi pilihan, sama ada kita mahu atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Sebab itu saya merasakan tanggungjawab sebagai suami adalah mencari rezeki, dan menyediakan keperluan isteri termasuk dalam mencari Doktor Muslimah.

Alhamdulilah, tepat jam 7.45 malam Yassir dilahirkan secara normal. Tepat pada hari Melaka iaitu 15 April, dan tepat waktu royalty Herbalife keluar :)






Love & Care
Papa Yassir

No comments:

Post a Comment