Monday, July 30, 2012

MEMILIH DOKTOR


Mungkin ada sesetengah orang tidak kisah, sama ada doktor lelaki atau perempuan yang menyambut kelahiran anak mereka. Tapi tidak bagi saya dan juga isteri. Sejak isteri saya disahkan mengandung, kami sudah mencari hospital dan doktor yang sesuai.

Sesuai dari sudut syariat dan juga keselesaan isteri. Alhamdulilah, selepas berhempas pulas, kami memilih Hospital pantai di Ayer keroh dan memilih doktor gyne perempuan.

Apa yang kami tahu, Doktor Hanisah adalah satu-satunya doktor perempuan Muslim yang ada di sana. Bukan itu saja, doktor ini juga adalah doktor pakar Hospital Negeri Melaka sebelum ke Pantai.

Sunday, July 29, 2012

DIARI YASSIR 1



Assalamualaikum.

Tulisan ini bukan ditulis oleh Yassir, tetapi ditulis sendiri oleh Papanya. Kenapa buka blog untuk Yassir? Saya merasakan perlu untuk merakamkan setiap perkembangan Yassir dari awal sehingga pada satu tempoh yang tertentu.

Diari Yassir, itu temanya. Saya akan menulis setiap perkembangan Yassir, sama ada dari segi fizikal dan mental. Saya percaya, suatu hari nanti diari ini akan berguna dan bermanfaat kepada ibubapa muda di luar sana.

Untuk permulaan entri ini, saya tidak ada perkara yang ingin dikongsikan bersama. Tetapi di dalam kepala, sudah ada beberapa entri yang harus saya kongsikan. Mungkin bermula dari yassir dilahirkan, sehingga semasa berusia 2 bulan. Pada waktu tersebut, terlalu banyak perkembangan mental dan fizikal yang saya rasa patut dikongsikan.

InsyaAllah jumpa di entri seterusnya :)

Love and Care,
PapaYassir