Monday, June 9, 2014

HARI KEDUA

Alhamdulilah sampai sahaja di airport CDO kami terus pergi ke kaunter pertanyaan. Tunjukkan alamat hotel dan beberapa anggota polis membantu kami dapatkan van yang boleh bawa kami ke Rich Manor Hotel. Untuk 9 orang kami sewa satu van yang berharga 2000 pesso. Seorang tontong 222 pesso. 


Airport cdo kecil sahaja, terletak di pesisir pantai yang indah. Perjalanan kami ke hotel dari cdo mengambil masa 1 jam. Apa yang menarik sepanjang perjalanan kami diiringi pantai yang berada di sebelah jalan sahaja. Keadaannya seperti kita melalui jalan lama dari kuantan ke kuala terengganu. 


Pemanduan orang- orang sini agak berbahaya. Entah berapa kali aku terkejut- kejut dengan cara driver van kami memandu. Potong kereta selamba dia sahaja, kemudian bawa van macam jalan ini datuk dia yang siapkan. Hahahah.


Alhamdulilah tiada apa- apa yang berlaku dan kami sampai di hotel dalam jam 820 pagi. Sampai di hotel, terus check inn. Semua urusan bilik mudah dan kaunter pun sangat membantu. Kami dapat masuk awal dalam jam 9 pagi. Sebelum masuk bilik kitorang merayau area sini cari kedai runcit dan tempat yang akan kami training. 


Punyalah jauh berjalan cari buffalo gril restaurant, rupa-rupanya dekat sahaj dengan hotel kitorang. Sepatutnya ambil kiri keluar saja dari hotel, tetapk kitorang ke kanan. Ambil masa dalam sejam juga kitorang merayau dan tanya orang hingga sampai ke destinasi.


Lepas dah jumpa tempat training kitorang balik hotel semula dan masuk bilik. Ingatkan bilik agak besar, tetapi sangat kecil. Memang muat-muat kami bertiga dan sedikit ruang untuk letak bag dan solat. Okaylah untuk harga yang murah bagi 12 malam di sini. Untuk 12 malam seorang rm 280 sahaja. Lepak bilik mandi, siapkan diri dan terus lepak bawah layan internet dan borak dengan isteri.


Uncle allen sampai hotel dalam jam 10 pagi, dan borak kejap dengan beliau kes yang aku sedang hadapi sekarang. Terima kasih dengan pandangan dan nasihat yang berguna untuk aku. 


Bosan, then terus naik bilik minum shake, makan dan tidur. Hahaha... Jam 230 bangun makan tengahari. Kitorang masak nasi guna rice cooker zaim, dan pakai beras aku bawa. Pastu masing-masing kongsi lauk bekal yang dimasak isteri. Sekali semua sama ikan bilis sambal dan serunding. Hahaha... Sbab itu je boleh bawa jauh dan tak basi.


Lepas makan, siap- siap terus nak ke mall centario yang tak jauh dari hotel kitorang. Sengaja naik tuktuk 7 pesso saja dalam 50 sen sahaja. Misi utama ialah cari simkad prepaid yang akam digunakan selama 12 hari di sini. Alhamdulilah, Allah permudahkan urusan. Beli simkad globe yang murah. 40 pesso utk simkad dan dalam ada 5 pesso. Kena tambah 20peso utk dapatkan unlimited call 24 jam, 50 sms, dan 20 mb intneret. Total dalam 60 pesso kira- kira rm6 sahaja. Heheh murah kan?


Memang sangat murah. Lepas itu pergi tukar duit oci. Dan alhamdulilah aku dapat 1 nombor orang filipina utk diinvite datang ke kelab nanti. Then lepas setel di mall, kitorang naik tuktuk lagi utk ke masjid jamaah. Msjid ini dekat sahaja dengan hotel kitorang. Dlam 500 meter dari hotel. 


Singgah sekali islamic center di depan masjid dan borak- borak dengan dai' di situ, nama dia Uncle Amar. Dai itu bekas katolik dan isteri dia bekas baptis kristian. Sudah memeluk Islam selama lebih 14 tahun. Anak- anaknya ada yang belajar di malaysia dan ada yang sudah menjadi Hafiz Quran.


Sempat solat maghrib secara berjamah dan kami teruskan dengan solat isyak jamak. Alhamdulilah selepas solat kami dapat berkenalan dengna seorang brother yang namanya Syarif. Orang sabah tetapi menetap dan berkahwin dengan gadis muslim di sini. Sangat baik dan sangat membantu. Bekerja sebagai guru perbandjngan agama di universiti. Dn isteri buka gerai minum.


Kami diajak datang ke kedai mereka dan dibelanja minum dan makan makanan tradisi mereka, alhamdulilah aku daapat share pasal herbalife dan brother syarif nak tahu tentang bisnes herbalife juga. Aku dah janji nak belanja shake utk dia dan isteri semasa ojt dan dan nak signup diorang sebagai distributor. Aku yakin beliau akan jadi president team aku di filipina. Think big, dream big!


Lepas lepak minum kitorang terus berjalan sekitar situ yang macm pasal malam. Ada banyak gerai-gerai bundle, ada jual bag, kasut dan macam- macam lagi, sempat juga aku beli selipar 35peso saja. Hehehe.


Jalan kaki sahaja. Sampai hotel dah jam 715 malam. Dh macam jam10 kat malaysia. Semua dan tutup. Hahaha..


Ok lah. Esok dah start training. Esok ak update lagi. ;)

No comments:

Post a Comment