Monday, June 9, 2014

HARI KEEMPAT

Alhamdulilah hari ini dah masuk hari kelima aku berada di sini. Dan hari ini hari keempat aku belajar tentang NCIP di Filipina. Fuhh... Memang benda belajar disini dan memberi banyak pengetahuan untuk aku aplikasi dekat Malaysia nanti. 


Paling berkesan bila teacher explain tentang Sharing, our mission is to be Gift Giver , tentang meal plan dan magic number. Tak sabar nak beri magic number ada semua customer aku terutama doktor-doktor yang dah lama stuck dekat berat badan sekarang. 


Takde banyak nak cerita sebab kalau cerita pun korang takkan tahu sangat. Huhuhu... Cuma ada beberapa perkara yang aku nampak pada orang-orang filipina ini ialah ada banyak persamaan bahasa dan budaya mereka dengan orang- orang Malaysia. Banyak perkataan sama dengan bahasa Malaysia, macam Balik, Sayang, Sakit, aku, kamu, dia, dan banyak lagi ;) 


Hari ini kitorang dapat balik awal sikit iaitu jam 7 petang. Aku siap-siap sms abang Syarif minta dia bawa kitorang jalan-jalan cari souvenier dan tshirt Filipina. Abang Syarif datang ambil kitorang dengan hotel . Kitorang naik teksi kawan dia, just bayar duit NGV sahaja. Then kitorang ke shopping complex yang agak jauh dari kitorang dalam 40minit dari hotel. Dekat sini sahaja ada barang -barang cenderahati hasil CDO dijual. Tempat lain takde. Memang bestlah, barang-barang pun murah dan berkualiti.


Lepas balik dari sana, kitorang singgah makan makanan turki dekat Istanbul Gril Restoran yang tak jauh dari hotel. Kalau jalan kaki ambil masa dalam 10 minit. Makan shuarma chicken wrap dalam 60pesso. Oklah, sebab besar dan kenyang :)


Sampai-sampai hotel sahaja sudah jam 10.30 malam. Kalau 10.30 dah kira macam jam 12 dekat Malaysia. Sebab malam sini awal dan pagi pun awal. Dekat lobby hotel borak-borak kejap dengan boon fee dengan pejal, tup-tup dah jam 11 lebih. Terus naik atas dan tidur, sebab esok pagi dan kena datang awal. 

No comments:

Post a Comment