Monday, June 9, 2014

HARI KETIGA

Alhamdulilah hari ini solat subuh jam 4.15 pagi. Ingatkan nak solat jamaah di masjid, tetapi disebabkan terlalu gelap jalan nak ke sana, aku batalkan hasrat untuk ke sana. Solat di dalam bilik yang kecil ini, membuatkan aku bersyukur berbanding dengan orang lain yang hidup bergelandangan.


Lepas subuh waktu masih awal. Selepas baca Quran sambung tidur sampailah jam 6 pagi dan terus bersiap untuk hari pertama aku belajar NCIP di sini. Hari pertama training dah macam- macam kami belajar. Paling penting bukan sekadar belajar nutrisi tetapi belajar Personal Development. Alhamdulilah banyak benda baru belajar dan semakin percaya dengan kelab nutrisi.


Teacher Merianne dari jam 10 pagi sampai jam 6 petang berdiri sepanjang masa kecuali waktu rehat yang diberi kepada kami (hanya 10 minit). Luarbiasa energy dan ketahanan dia berdiri begitu lama. Idea dia mencurah-curah tanpa henti dikongsi. Memang respek!


Hari ini fokus membetulkan mindset dan hati kita agar lebih ikhlas dan faham tujuan utama dalam herbalife. Aku bersyukur gila dapat hadir walaupun last minute macam nak tarik diri. Bak kata Teacher, kami semua disini bukan kebetulan tetapi orang-orang yang dipilih Allah untuk hadir dan menggalas misi nutrisi melalui kelab.


Masa makan tengahari ada sedikit isu tentang kehalalan makanan yang disediakan. Selepas ditanya organiser adakah ayam yang dihidang ini adalah Halal, mereka kata halal. alhamdulilah.


Berdasarkan ilmu, walaupun tiada cop halal, sekadar mengetahui bahawa ia halal cukuplah membaca Bismillah dan terus makan seperti biasa. Namun ramai team muslim taknak makan di atas alasan ragu-ragu. Aku cuba terangkan tetapi masih ada ragu-ragu dan aku menghormatinya. Beruntung aku sebab dapat lauk tambah, tapi nasi aku bagi orang lain :)


Balik dari training dalam jam 630 petang. Aku, oci dan Dr Pejal terus menghala ke market yang tak jauh dari hotel. Market yang dituju dah tutup seawal jam 7 petang. So kitorang ke market besar tak jauh dari situ dan membeli beberapa keperluan makanan. Barang- barang di sini murah tetapi jauh nak mengangkatnya, tiada tuktuk yang servisnya hingga ke hotel. Jadi terpaksalah mengangkut semuanya. Kata aku pada diorang, "takpe, kita cardio". Hehehe...


Sampai hotel berpeluh- peluh sakan semua. Dalam jam 830 ada meeting kejap. Lepas itu terus naik bilik dan tidur. penatttt sangat, penat mental dan fizikal. :)

No comments:

Post a Comment